Wednesday, September 22, 2010

Ulasan Filem:Paranormal Activity(2009)


Filem terbitan Paramount picture ini dikeluarkan pada 25 September 2009 yang diarahkan oleh Oren Peli dan merupakan filem pertamanya bagi filem yang bergenre seram.

Plot yang dihasilkan dalam filem ini sangat tersusun dan menepati selera penggemar filem seram.Mengisahkan pasangan Katie(Katie Featherson) dan Micah(Micah Sloat)yang baru berpindah ke kediaman mereka di San Diego,CA.Katie sangat berminat terhadap aktiviti paranormal dan percaya ada sesuatu makhluk halus yang telah mengekorinya sejak kecil sehingga ke rumah barunya itu.Diselebungi perasaan takut,dia telah meminta pengkaji paranormal untuk membantunya tetapi menemui jalan buntu.Micah yang sering menggunakan kamera untuk merakamkan setiap aktiviti di dalam rumah telah mendapati rakamannya telah merakamkan sesuatu yang menakutkan.Untuk mensahihkan rakaman itu,dia telah menggunakan Ouija board untuk berkomunikasi dengan makhluk halus tersebut.Paling menakutkan ketika kamera yang Micah letak di bilik telah merakamkan makhluk tersebut menganggu Katie.


Teknik dalam filem ini langsung tidak menggunakan kesan khas seperti dalam filem-filem seram yang lain. Tiada hantu yang merangkak,wajah yang hodoh serta kesan khas yang lain kebiasaannya digunakan oleh pengarah filem seram.Namun ia sudah cukup meremangkan bulu roma bagi sesiapa yang menontonnya.Jika penonton dapat meneliti,filem ini seolah-olah kejadian yang sebenar berlaku dan bukan merupakan filem kerana rakaman Micah adalah satu-satunya jalan bagi filem ini.Walaupun filem ini tidak menembusi pawagam di Malaysia,namun ia mendapat rating yang tinggi di US dan telah diklafisikasikan sebagai cerita seram sepanjang zaman.Apa yang dapat saya katakan ialah cerita ini benar menakutkan dan 'ending' bagi filem ini merupakan antara klimaks yang paling bagus di antara semua cerita seram.

p/s:Anda boleh alami sendiri perasaan seram cerita ini dengan download di www.syok.org