Saturday, October 16, 2010

Pemerengganan dan Teknik Menstruktur Idea~Mencari Dinamik Politik Kampus:

~AYAT TESIS.
  • Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagimana golongan muda yang vocal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam meyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh. 
~AYAT TOPIK.
  • Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. 
~KEDUDUKAN AYAT TOPIK
#Perenggan induktif:
  • Dalam hal ini,sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar.Bagaimanapun,kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.
#Perenggan deduktif:
  • Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat denagn gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan . Gaya yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.
#Deduktif kompleks:
  • Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam ‘gedung ilmu’. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.
~PERENGGAN PENGENALAN.
  • Menggunakan teknik Analogi:
#Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagimana golongan muda yang vocal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam meyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

~PERENGGAN PENUTUP.
  • Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?
~CIRI-CIRI PERENGGAN YANG BAIK.
  • Kesatuan:
#Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah ke luar.Di sinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.

  • Kepautan:
#Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.

  •  Kejelasan:
# Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

~TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA.
  • Teknik Definisi:
#Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.
  • Teknik sebab dan akibat:
#Dalam hal ini,sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar.Bagaimanapun,kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.